Kereta Hantu

| 0 comments | Friday 19 September 2008
|



Cuba anda perhatikan, kemanakah kereta yang dikejar polis itu menghilang?

Kafe 'Setarbak'

| 0 comments | Thursday 11 September 2008
|



Pandangan Hadapan Kedai Tersebut


Jika anda ke Beranang, Jgn lupa singgah di Setarbak. Setarbak ini sebenarnya ialah lot rumah kedai lama bagi set penggambaran TV3 dalam satu rancangan. Kepada sesiapa yang ke sini jgn terlalu menaruh harapan yg tinggi utk lepak minum di sini kerana difahamkan di dalam lot kedai tesebut hanyalah setor barang-barangan tuan empunya kedai tersebut. Mcm2 zaman sekarang ni, sebelum kita terdengar jenama seluar Levi's dijual dgn nama Live's, sama juga dgn jenama Sony menjady Somy.

Rumah Termahal Di Dunia Berharga RM6.6 Billion

| 0 comments | Wednesday 10 September 2008
|



KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan. Rumah termahal dunia Mukesh Ambani bakal menggaji 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah 27 tingkat NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008. Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya. Fakta Menarik Antilla Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat.

Peristiwa Lubang Aneh Di Guetemala, City

| 0 comments | Tuesday 9 September 2008
|

Pandangan dari Udara



Lubang Besar pada arah dekat

Pegawai keselamatan sedang bertugas mengawal keadaan


Lubang ni dianggarkan sedalam 330 kaki


Ini merupakan kejadian yg telah terjadi pada Februari 2007 yg lepas di Guatemala City, Guatemala, Amerika Latin. Aku pasti ada yg keluar di berita2 tv tempatan, mahupun akhbar2. Kalau tengok sekali imbas macam image yg sudah di'superimposed' dgn photoshop! Payah kita nak percaya, tapi itu lah hakikatnya.Bayangkan diameternya telah menelan sebanyak sedozen buah rumah! Dalamnya 330 kaki, bersamaan lebih kurang 100.5 meter. Gambarkan kalau kita lumba lari sejauh 100 meter, tapi vertical! Perlu diingat, peristiwa ni terjadi bukannya secara perlahan2 yg memakan jangkamasa yg panjang, tapi secara tiba2.



Rumah Dibina Terbalik

| 0 comments | Monday 8 September 2008
|



Sekumpulan pekerja memberi sentuhan terakhir kepada sebuah rumah yang dibina dengan hampir semua bahagian luar dan dalamnya dibina terbalik, di Trassenheide, ke timur laut Jerman, yang mula dibuka kepada orang ramai mulai kelmarin. Ia dihasilkan sendiri oleh pemiliknya yang juga warga Poland, Sebastian Mikiciuk dan Klaudiusz Golos.